Rasanya dah hampir 2 minggu aku tak tulis pe2 kat blog nih.Sibuk teramat sangat.Terkejar-kejar aku dibuatnya...tak cukup masa.Kalau boleh tambah masa 24 jam tuh dah lama aku tambah....
Aku baru sampai umah Terengganu pagi tadi.Aku amik cuti 2 hari untuk prepare exam hari sabtu nih.Tapi prepare ke?...ahhaha....Sambil tuh nak relax-relax jugak.Asyik kerja ajer...Otak pun nak relax jugak kan.
Semlm pagi,aku dapat tau tempat kena transfer kerja.Aku kena keje kat PJ.Tapi tengah hari,jadual tiba-tiba lak berubah.Transfer aku ditangguh seminggu lagih dan aku bukan pindah kat PJ.Coz rasa nak tahu sangat,aku cuba korek ngan manager aku yang aku kena transfer kat mana lak.Katanya maybe kat call centre....Aduh...tempat yang aku tak suka...But nak buat macamne,terima aje ler....
Last week aku sibuk ngan wedding cousin aku kat senawang.Akhirnya nikah jugak cousin aku tuh pada 14 Februari.Majlis akad nikah telah diadakan di kediaman pengantin perempuan di Lavendar Heights.Manakala majlis persandingan pula diadakan di Spanish Villa Resort pada keesokkan harinya.Meriah jugak ler majlis diaorang....
Dalam masa yang sama,aku sibuk jugak dengan hal nak isi borang apply master dan jugak borang apply kerja.Isnin lalu lepas kerja,berkejar jugak aku ke Shah Alam nak hantar borang master tuh kat kawan supaya bagi kat lecturer.Aku suruh Pn Aznita jadi referee akademik aku dalam borang master aku tuh...
Next week,aku sibuk lagih....bila ler aku dapat relax nih?....kena ambik borang ngan Pn Aznita dan hantar borang tuh ke UiTM,cari rumah sewa untuk mak,urusakan pemindahan tempat kerja....Nampak senang,tapi masa yang tak cukup...Buat kawan-kawan yang aku tak sempat balas mesej....sorry sangat.Thanks buat yang memahami diri ini...:)
Thursday, February 19, 2009
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment